Aku berdiri depan peti sejuk 7 eleven. Lama. Macam dalam 15 minit. Sebab utama; air yang aku plan nak beli awal awal tadi dah habis. Pembetulan, bukan dah habis, tapi peti sejuk yang simpan air tu rosak, so diorang tak jual terus. Bukan nak pindah masuk peti lain ke apa. Taaaakk. Terus tak jual.
Aku cari air susu yang juga jus buah. Ataupun jus buah yang juga air susu. Either one lah, depends on berapa cerewet aku malam tu. Tapi malam ni aku nak air susu yang juga jus buah. Aku nak Vitagen saja pun sebenarnya. Vitagen takada. So aku macam terkesima kena buat keputusan baru. Anomali dalam rutin buatkan aku tak selesa. Atleast dalam rutin makanan dan minuman aku lah. Macam sekarang, aku dah habiskan 20 minit fikir aku nak minum apa.
Pekerja kedai tengah tekun mop lantai. Bau chloroform kuat tapi aku tengok lantai penuh lagi dengan tompok hitam. Aku masih lagi berdiri di tempat yang sama dari tadi. Tak berganjak. Mamat tadi masih lagi mop lantai, sejak dari aku masuk kedai ni yang mungkin dah melangkau 20 minit.
Situasi menarik yang mungkin berlaku sekarang untuk mengurangkan aku rasa awkward;
Satu, dua lelaki dengan topeng (Tak kisah topeng apa. Ski mask selalunya. Tapi kreativiti amat dihargai.) masuk kedai dengan niat nak letupkan diri sendiri sambil jerit "Hidup Sultan Perak!". Dan bom tu tak meletup.
Dua, Seorang perempuan masuk. Lengkap ber-trench coat. Bau kloroform tadi hilang dek kuatnya bau perfume perempuan ni. Ataupun itu bau hormon estrogen untuk menarik perhatian kaum lelaki. Tak tak, buatkan itu untuk tarik perhatian kaum perempuan. Langkah kaki bertumit tingginya diambil perlahan lahan. Tak mahu terkejutkan kami yang ada di dalam kedai. Tiba tiba suasana jadi gelap. Lampu neon mula menyala. Berkelip kelip menyakitkan mata. Muncul sebatang tiang ditengah tengah kedai. Perempuan tadi mula menanggalkan trench coat yang dipakai. Lagu Samantha Fox 'Naughty Girls (Need Love Too)' mula kedengaran dan memulakan sesi pole dancing yang pertama kali dalam hidup aku.
Tiga, dua lelaki masuk, dengan topeng yang lain, tapi orang yang sama sebab kali ni bom dia meletup. Tapi dia lupa jerit apa apa sebelum tu.
25 minit dah lepas. Aku capai jus epal sparkling.
Sedap.
Aku tak cari Vitagen sangat pun. Yang aku cari malam malam takada jual dalam peti sejuk 7 Eleven.
25 minit dah lepas. Aku capai jus epal sparkling.
Sedap.
Aku tak cari Vitagen sangat pun. Yang aku cari malam malam takada jual dalam peti sejuk 7 Eleven.